Minat kayuh basikal ini datag dari masa kecik lagi,macam 2 ragam dah lalui sepanjang zaman main basikal ni mula la dari main BMX sampai sekarang Main Mountain bike..dulu main basikal tak macam sekarang barang murah2,tapi sekarang barang basikal kalah beb mcm main motor,start dari accessory sampai laa ke beskal,ada cerita di sebalik penglibatan aku kayuh basikal sekarang ni...cerita ni terjadi 3 tahun yg lepas..masa tu aku di tahan di wad kerana sesak nafas dan mengalami gastrik yg teruk di sebabkan permakanan yg tidak teratur.yer laa..asyik fikir kerja2 kerja..dah dok hospital 3 hari..lepas keluar hospital aku nekad nak mulakan cara hidup yang lebih sihat...aku nak jaga makan dan sentiasa cergas..aku pon ape lagi sanggup korban kan motor LC kesayangan aku utk beli sebuah basikal dgn harga 2K...fuh,1st time dalam hidup aku beli basikal dgn harga 2K..mak aku tak tau tu,kalau laa mak aku tau confrim2 kena marah..tapi aku tak peduli janjji aku nak sihat..start dari situ laa aku jinak2 g kayuh,tempat yang mula2 aku g kayuh adalah FRIM..mmg best,layan bukit2 kat sana hilang stress aku..lepas tu aku pon pancing laa kawan2 aku yang lain utk beli beskal..seorang demi seorang dah pon beli basikal..setiap hujung minggu kitaornk akan berkumpul utk beriadah bersama @ pon joint mane2 jamboree utk enjoy..sekarang ni kalau dalam FB @ Whatapss mesti cerita pasal basikal ajer..tak de pon cerita pasal lain2.kawan2 aku pon gila2 semua..al maklum laa smua masyuk2,macam2 barang yg diornk tukar,bagi aku It's not about "Bicycle", It's about a "Rider"
sebab bagi aku kalau nak kayuh basikal ape2 pon boleh kayuh,tapi semua tu mengikut kemampuan masing2.sekarang ini mane ade jamboree aku pasti akan masuk untuk enjoy.
Apa2 pon aku cuma nak bagi tau korang semua,kalau nak kayuh basikal tu kayuh la,pasal yang nak sihat korang jugak.dalam masa yang sama kita pon boleh mengeratkan jalinan siratulrahim antara kawan yang lain dan macam2 ragam korang boleh jumpa nnti..dalam bulan puasa ni pon kalau korang nak kayuh pon boleh jugak,tapi kena laa lepas solat terawih dulu.satu malam kalau dpt 20+ km pon dah Ok dah..badan pon sihat..untuk tatapan semua..ni laa geng aku masa aku joint jamboree Iskandar Mega Ride kat JB hari tu..ni semua Geng Shimano Malaysia :)..harap2 korang sudi dgr cerita aku ni..lagi pon ni laa 1st time aku buat blog utk cerita pasal diri aku dan basikal..enjoy::),balik dr JB singgah jap ke Ayer Hitam untuk beli sedikit Ole Ole untuk keluarga yg tersayang..sambil2 tu usha2 tempat org..hehehe..mmg Enjoy laa walaupon aku kena Drive pergi dan balik,aku tak kisah pon janjji enjoyy




